
Sulit
4 tahun
Tumbuh gelembung air pada tapak tangan dan tapak kaki
Hai Dr, Saya lelaki berumur 23 tahun. Pada bulan 6 telah tumbuh gelembung air pada tapak tangan dan kaki.Ianya gatal tidak sakit.Gelembung tersebut ada yang sembuh sendiri namun sehingga sekarang masih ada yang tumbuh semula dan tidak sembuh sepenuhnya.
Soalan saya:
1)Adakah ianya herpes?
2)Adakah ianya benar herpes jika outbreak hanya terjadi pada tapak kaki dan tapak tangan tapi tiada outbreak di bahagian mulut dan kawasan genital?

4 tahun
Hi dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam masalah ini. Untuk pengetahuan anda kawasan herpes boleh berlaku di bahagian bibir, mulut, muka, tangan dan jari jemari dan antara simptom herpes adalah:
- kesakitan
- kegatalan
- kepanasan pada bahagian gelembung
Namun begitu, terdapat pelbagai sebab untuk membuatkan kegatalan pada telapak tangan atau kaki, seperti:
- ekzema
- allergi
- kerosakan kulit akibat terdedah kepada bahan kimia yang menghakis seperti sabun pencuci
- penyakit kencing manis - masalah ini boleh menyebabkan peredaran darah kurang lancar sekaligus menyebabkan simptom ini
- penyakit saraf - sesetengah penyakit saraf boleh menyebabkan simptom kegatalan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Ini hanyalah keterangan am tentang masalah ini, sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor supaya dapat membuat pemeriksaan dengan lebih teliti untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Terima kasih.