
Sulit
4 tahun
Ubat chloramine 4mg
Saya dah 2 hari badan naik gatal before and after bath. Start rasa gatal hanya pada waktu malam sahaja, dan gatal yg merata seluruh badan dari kepala muka badan dan ters ke kepala. Rasa gatal dia kejap ada tak ada. Paling ketara di tapak tangan dan tapak kaki, ada bintikbi tik merah dan berair, gatal yg mengerikan. Since smlm saya makan chloramine 8mg sekali yus, dan today 3/6 saya makan 1 biji sahaja. Kenapa badan saya rasa lemau dan sengal ye? Saya tahu ubat gatal ni mengantukkan, adakah dose yg saya anbil terlalu tinggi? Beroreni saya makan ctrizrn tapi tak sekuat ni. Mohon penjelasan tentang dose ubat dan allergy reaction nidoctor. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Chloramine adalah ubat anti-histamine yang digunakan untuk mengawal tindak balas alahan disebabkan oleh kesan histamin dalam badan seperti, demam alergi, iritasi hidung dan hidung berair, geligata dan iritasi kulit.
Mengikut garis panduan ubat chloramine, secara amnya, orang dewasa boleh mengambil 5mg sebanyak 3-4 kali sehari. Akan tetapi, sukatan yang lebih tepat harus anda perolehi dari doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas anda.
Selain itu, gejala yang berlaku dengan anda berkemungkinan adalah kesan sampingan dan bukannya allergy reaction. Untuk masalah ini, sekiranya kesan sampingan tersebut mengganggu aktiviti harian anda, disarankan untuk anda berbincang dengan doktor anda bagi mendapatkan rawatan lain.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.