
Sulit
4 tahun
Ubat darah tinggi amplodipine 10mg dan atenolol 50mg
hi. saya sedang menjalani terapi ubat seperti di atas. kaki saya semakin bengkak. adakah kerana ubat amplodipine tersebut ? baru2 ni doctor telah memberi saya atenolol 50mg kerana saya sedang mencuba untuk mengandung. tapi hingga ke harini saya tak makan anetolol tersebut. saya risau akan kaki saya yang semakin membengkak teruk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tingkatkan tahap kesihatan dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Kaki yang bengkak juga dipanggil sebagai edema dalam istillah perubatan. Ia merupakan kebengkakan yang disebabkan oleh koleksi air berlebihan yang terperangkap dalam tisu badan anda. Edema boleh berlaku di mana-mana tubuh badan anda, tetapi kebengkakan adalah lebih jelas di bahagian kaki, tangan, gelang kaki dan lengan anda. Kebengkakan kaki sebegini boleh disebabkan oleh beberapa faktor, contohnya masalah jantung, masalah buah pinggang, masalah hati, masalah saluran darah, kehamilan dan penggunaan sesetengah ubat.
Berdasarkan deskripsi anda, bengkak di kaki anda boleh terjadi akibat anda sedang mengambil ubat tekanan darah tinggi. Bengkak di kaki dan buku lali adalah salah satu daripada kesan sampingan kelas ubat yang dikenali sebagai penyekat saluran kalsium, yang digunakan dalam rawatan hipertensi. Beberapa contoh penyekat saluran kalsium adalah seperti:-
- amlodipine
- nifedipine
- verapamil
Bengkak kaki sebegini perlu dirawat kerana ia boleh memberikan tekanan kepada saluran darah dan tisu di bahagian kaki anda, menyebabkan komplikasi yang tidak diingini.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.