
Sulit
4 tahun
Ubat darah tinggi hovasc sesuai atau tidak
Ibu saya masih lagi menyusu adik yg berumur 2 tahun. Namun beliau mempunyai penyakit darah tinggi dan mengambil ubat dari klinik. Namun ibu saya ragu ragu sama ada ubat tersebut sesuai atau tidak. Nama ubat itu adalah hovasc amlodipine besilate tablet 5mg.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Amlodipine boleh dikeluarkan dalam susu ibu. Kajian menunjukkan bayi yang menyusu boleh mengambil 3-7% dos ibu dan 15% secara maksima. Kesan amlodipine ke atas bayi adalah tidak diketahui. Keputusan untuk memberhentikan ibu yang menyusu anak atau memberhentikan ubat darah tinggi bergantung kepada manfaat menyusu kepada bayi dan manfaat ubat darah tinggi kepada ibu. Oleh kerana adik anda sudah berumur 2 tahun, ibu anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan darah tingginya dan lebihkan memberi susu formula kepada adik anda di samping makanan yang sihat.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.