
Sulit
4 tahun
Ubat escapelle boleh makan sekali sahaja dan selepas itu tidak lagi
Hi doc , ubat escapelle ni jika makan sekali sahaja dan selepas itu tidak ambil lagi , adakah ia berisikojika tidak mengambil lagi?adakah pil pertama boleh menyebabkan sampingan lain dan apakah kesan sampingan itu? bolehkah ambil ubat selepas 72 jam atau tidak perlu? atau adakah dibolehkan makan juga? terima kasih doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pil perancang yang anda nyatakan akan menghalang 85% kehamilan yang diharapkan. 95% kehamilan yang dijangkakan akan dicegah jika diambil dalam 24 jam pertama, menurun kepada 58% jika diambil antara 48 jam dan 72 jam selepas hubungan tidak dilindungi.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Ia adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil dalam lingkungan masa 72 jam melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat. Tetapi, jika terlalu kerap dalam mengambil ia akan menggangu kitaran haid. Secara amnya, anda tidak patut mengambil pil perancang melebihi satu kali dalam satu kitaran haid anda.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.