
Sulit
4 tahun
Ubat stop darah haid
hi saya nurul, berumur 27. saya penah cucuk depo 23/9/2020. bulan pertama lepas cucuk depo, period saya ok. masuk bulan kedua, period saya keluar non stop sampailah sekarang. saya nak ambil ubat stopkan darah haid. persoalan saya, sekiranya saya ambil ubat stopkan darah, period saya akan kembali macam biasa atau takkan ada period da selepas itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCalluntuk bercakap dengan doktor.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS, tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan yang sesuai, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.