
Sulit
5 tahun
Ubat Tahan lama lelaki
Perlukan ubat yg bole buat tahan lama bersama pasangan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdassarkan keterangan anda, ubat berkaitan masalah seksual memerlukan preskripsi doktor terlebih dahulu. Hal ini kerana terdapat beberapa kondisi yang boleh menyebabkan masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pra-matang dan mati pucuk. Kedua-dua kondisi ini memerlukan rawatan berlainan dan ubat-ubat mereka juga mempunyai kesan sampingan yang bahaya jika tidak diketahui sejarah kesihatan si pemakai. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.