Sulit
3 tahun
Ubat tradisional boleh digantikan sebagai ubat
Hi doc saya perempuan berumur 23 tahusaya ada luka dibahagian dubur akibat sembelit. Buat masa sekarang saya tidak lagi mngambil mana2 ubat di klinik atau hos…tetapi saya ada gantikan minyak gamat diluka tersebut…soalan saya adakah minyak gamat atau mana2 minya tradisional boleh sapu di bhagian dubur atau
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh kerana najis yang keras disebabkan oleh masalah sembelit anda. Kebiasaannya luka ini boleh sembuh dengan sendiri dalam masa 4-6 minggu.
Setakat ini, belum ada bukti sahih yang menunjukkan bahawa gamat berkesan dalam menyembuhkan luka akibat daripada sembelit.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutama sekali jika masalah anda berlarutan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.