
Sulit
3 tahun
Ubat turun darah Ravimed
Assalamualaikum, saya wanita berusia 25 tahun. Saya dah lewat period selama 19 hari. Selalunya period saya regular, saya dah pergi klinik check and dah scan, doktor maklumkan saya tak pregnant kemudian dibekalkan dengan ubat turun darah ravimed, saya dah pun makan 6 biji dan tetiba tergerak hati untuk check upt, result double line jelas tapi tak terlalu terang, upt boleh ke positif disebabkan pengambilan ubat tu ? Kalau betul positif ada ke kesan buruk untuk janin saya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, ubat ini serupa dengan progesteron yang dihasilkan oleh tubuh anda secara semula jadi dan diberikan untuk menggantikan hormon apabila badan anda tidak mencukupi.
Saya sarankan untuk anda membaca risalah maklumat pesakit yang diberikan oleh ahli farmasi anda atau arahan pada kotak sebelum anda mula menggunakan ubat tersebut. Hal ini kerana mungkin terdapat perbezaan dalam tempoh dan cara pengambilan ubat bagi setiap jenama. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Namun, kebiasaannya, untuk rawatan amenorea (tidak datang haid) ubat ini biasanya sekali sehari selama 5-10 hari selama separuh kedua kitaran haid yang dirancang atau seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Pendarahan biasanya hanya akan berlaku dalam 3-7 hari selepas anda berhenti mengambil ubat tersebut
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor