
Sulit
4 tahun
Ubat turun darah sunolut
hai . sy telah makan ubat turun darah iaitu sunolut tnpa mnyangka bahawa sy telah hamil . soalan sy adakah ianya brbahaya pd kndungan sy yg baru berusia 4 minggu

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai kesan penggunaan mengenai Sunolut , sejenis ubat yang digunakan untuk merawat haid tidak teratur, segugut ataupun sebagai kontraseptif.
Untuk makluman anda, kajian yang dilakukan mengenai kesan penggunaan Sunolut kepada kehamilan belum lagi lengkap untuk memberi maklumat yang tepat. Namun, adalah dinasihatkan agar puan tidak mengambil ubat ini pada 4 bulan pertama ketika hamil kerana ia mengandungi hormon Progestin yang boleh mengganggu anda dan bayi anda.
Terdapat beberapa kesan sampingan Sunolut secara am iaitu:
- Pening kepala
- Muntah
- Kegelisahan
- Rambut menjadi halus
- Sakit di bahagian kaki
- Kanser payu dara
Kami sarankan anda agar untuk berjumpa dengan doktor anda dengan kadar yang segera untuk menerima konsult lebih lanjut mengenai penggunaan ubat ini. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.
Terima kasih.