
Sulit
4 tahun
Ubat turun darah utk haid
Saya perempuan berumur 27tahun…saya ada anak kecil berumur 4bln…sy ambil pil perancang tapi dah 2 bln x datang haid… Boleh kah sy ambil ubat turun darah? Saya risau mengandung…sbb anak masih kecil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai/Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami/atas soalan yang diajukan.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor terlebih dahulu kerana pemeriksaan perlu dibuat sebelum ubat turun darah haid boleh diberikan.
Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah tidak datang haid selain daripada kehamilan, seperti:
- Sindrom polisistik ovari
- Menyusukan anak
- Ketidakseimbangan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Penggunaan perancangan keluarga (pil, suntikan, implan atau IUCD)
- Stres atau tekanan emosi
- Berat badan berlebihan
- Jadual aktiviti harian yang padat
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.