
Lazim
6 tahun
Ubat untuk kulit berjerawat
Hai, boleh saya tanya scrub apakah yang sesuai untuk kulit yang berjerawat terutama jerawat batu.

6 tahun
Hai, terima kasih untuk soalan anda. Masalah jerawat merupakan sebuah masalah yang kompleks dan sukar untuk ditangani.
Terdapat beberapa jenis skrub yang anda boleh gunakan. Antaranya adalah skrub mekanikal (mechanical exfoliation) dan skrub kimia (chemical exfoliation). Skrub mekanikal adalah jenis skrub yang paling selamat digunakan. Skrub mekanikal terdiri daripada pemberus muka, span muka,pemberus muka elektronik, atau skrub muka yang mengandungi bahan kasar seperti gula atau oat.
‘Chemical exfoliation’ pula merupakan skrub yang tidak memerlukan anda skrub muka anda. Ia menggunakan bahan kimia yang dapat melarutkan sel-sel mati dan minyak yang berlebihan hanya dengan aplikasi secara normal. Antara komponen kimia yang digunakan adalah asid salisilik, asid alpha hydroxy (AHAs) dan asid glikolik. Eksfoliasis dengan cara ini memang berkesan tapi anda harus selalu peka apabila menggunakannya dan harus ambil tahu kesan sampingannya.
Asid ini selamat untuk digunakan tetapi tidak sesuai untuk semua jenis kulit. Asid boleh membuat kulit muka anda amat sensitif pada cahaya UV matahari. Jika anda memilih untuk menggunakan bahan kimia ini, anda harus menggunakan krim pelindung matahari dan selalu prihatin pada pendedahan kulit anda kepada cahaya UV.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda. Jerawat batu juga dipanggil sebagai acne vulgaris dalam istillah perubatan. Ia merupakan kondisi kulit yang kronik yang disebabkan oleh penyumbatan dan keradangan kelenjar sebaceous dan folikel rambut.
Selain daripada muka anda, acne juga boleh didapati pada tempat yang mempunyai banyak kelenjar sebaceous seperti dada dan belakang anda. Acne vulgaris ini mempunyai ciri-ciri seperti komedon terbuka ataupun tutup, bernanah dan nodul. Oleh itu, ia akan memberikan simptom-simptom kesakitan, kemerahan dan kegatalan.
Selain daripada impak fizikal, mempunyai acne vulgaris boleh memberikan impak kepada emosi seseorang. Rawatan bagi jerawat adalah bergantung kepada tahap keseriusan kondisi ini. Terdapat beberapa rawatan yang boleh dilakukan kepada seseorang yang mempunyai jerawat, contohnya rawatan farmacoterapi (penggunaan ubat), rawatan bukan farmacoterapi (tanpa ubat) dan prosedur.
Komponen dalam ubat ini membantu mengurangkan pertumbuhan bakteria pada tempat yang berjerawat dan menggalakkan perolehan kulit. Sekiranya jerawat ini memang serius, maka anda mungkin perlu mengambil retinoic acid yang perlu diberikan doktor anda.