
Sulit
5 tahun
Ujian air kencing positive syphilis
saya wanita berumur 20 tahun. tidak pernah melakukan hubungan seks dengan sesiapa. tidak mengalami gatal-gatal atau keputihan yng melampau. namun begitu, ujian air kencing yang saya lakukan baru-baru ini mendapati bahawa
SYPHILIS SEROLOGY
Reactive Plasma Reagin - Reactive
Titre - 1:2
TPHA - Negative.
adakah ini bermakna saya dijangkiti syphilis sedangkan saya tidak pernah melakukan hubungan seksual?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keputusan TPHA anda menunjukkan keputusan negatif manakala ujian Reactive Plasma Reagin menunjukkan reactive. Hal ini jika dibuat konklusi, maka ujian tersebut menunjukkan “false-positive” dan boleh disebabkan kehamilan, jangkitan tibi atau penyakit seperti SLE. Anda disarankan untuk mengikuti keputusan hasil ujian dengan dokto anda untuk mengetahui samada anda benar-benar mempunyai sifilis atau penyakit lain. Sekian