
Sulit
4 tahun
Ujian darah buang pinggang
Selamat sejahtera. Saya ingin memohon pandangan Dr…ujian darah buah pinggang daripada sebuah hospital adalah normal…namun saya mempunyai kencing berbuih dan berkurangan apabila minum air kosong…Adakah perlu saya melakukan ujian air kencing pula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang ujian darah anda yang normal tetapi anda mengalami masalah kencing berbuih dan berkurangan. Untuk makluman anda, punca air kencing berbuih adalah banyak. Kadangkala, punca air kencing berbuih bukanlah masalah kesihatan , dan buih dalam air kencing adalah normal. Misalnya,
- Pencuci tandas yang berinteraksi dengan air kencing dan menyebabkan ia berbuih.
- Kelajuan air kencing juga menyebabkannya sesetengah masa.
- Dihydrasi
Air kencing berbuih yang tidak normal disebabkan oleh masalah kesihatan seperti :
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang
- Kehamilan
- Masalah darah tinggi masa mengandung
- Eklampsia
- Diet tinggi dengan protein
Punca air kencing berbuih yang disebabkan oleh masalah kesihatan boleh dipastikan dengan ujian air kencing. Untuk jangkitan kuman pundi kencing, ujian akan menunjukkan tahap sel putih yang tinggi. Masalah buah pinggang boleh dipastikan ujian ultrasound dan juga ujian air kencing.
Anda perlu berjumpa dengan doktor segera jika anda ada sebarang tanda - tanda selain daripada air kencing berbuih, sebagai demam, sakit pinggang, sakit perut, air kencing berdarah dan sebagainya.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih