
Sulit
3 tahun
Ujian HIV - pernah seks sejenis
Hai. Saya lelaki. Saya berumur 24 tahun. Saya pernah melakukan seks bersama dua pasangan lelaki melalui dubur. Pasangan pertama ketika berumur 16-17 tahun untuk beberapa kali. Pasangan kedua ketika berumur 20-24 tahun dgn lebih kerap melakukan seks. Saya baru tahu bahawa ia boleh menyebabkan jangkitan HIV. Adakah boleh saya ke klinik untuk sekadar menjalankan ujian dan bukan untuk tujuan berkahwin? Sebab saya risau jika sudah bercinta bersama pasangan perempuan, tetiba nak berkahwin disahkan HIV. MOHON PENCERAHAN, Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penyakit HIV. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda mendapati bahawa anda telah terdedah kepada jangkitan HIV, anda perlu mengambil langkah awal iaitu menjalani ujian HIV di Klinik Kesihatan yang dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri. Hal ini penting bagi mencegah sebarang komplikasi HIV/AIDS dan ujian saringan bukanlah bertujuan untuk perkahwinan sahaja.
Anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk mendapatkan ujian HIV
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.