Sulit
4 tahun
Ujian kehamilan menggunakan test pack
Adakah berbeza jika pregnancy test dibuat oleh tangan saya sendiri dengan tangan orang lain contohnya suami? Kerana menurut suami saya, berbeza keputusannya jika air tangan orang yang membuat ujian itu. Adakah betul begitu? Saya pernah membuat sendiri ujian tersebut tapi suami tidak percaya dan ingin membuatnya sendiri kerana dikatakan perbezaan air tangan akan membawa kepada perbezaan keputusan ujian.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Justeru, ia adalah tidak bergantung kepada tangan siapa yang memegang alat uji tersebut, tapi tergantung kepada air kencing siapa. Sekiranya kurang yakin dengan hasil kit kehamilan, anda boleh langsung melakukan pemeriksaan scan di klinik untuk melihat perkembangan kandungan anda.
Seandainya terdapat keraguan tambahan, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.