
Sulit
4 tahun
Ujian kehamilan samar selepas 4 hari tamat datang bulan
Saya berusia 32 tahun dan sudah mempunyai 2 anak sebelum ini. Saya s uji kehamilan setelah saya sakit pinggang dan rasa sengal pada bahagian bawah perut dan menunjukkan line samar-samar. Tetapi saya uji setelah 4hari saya tamat tempoh datang haid. Saya ragu-ragu dengan keputusan tersebut dan saya belum pergi ke klinik untuk tentukan kesahihannya. Tetapi saya akan ke klinik nanti untuk tentukan ke sahihannya. Pada pandangan doktor adakah saya hamil atau sebaliknya?
Terima kasih doktor jawab soalan saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kedatangan haid seperti biasa menunjukkan bahawa anda tidak hamil. Keputusan UPT yang anda ambil mungkin samar-samar kerana masalah teknikal. Anda boleh mengambil ujian air kencing kehamilan lagi tetapi baca arahannya dengan teliti. Sakit pinggang dan rasa sengal pada bahgian bawah perut boleh disebabkan oleh punca lain:
- Radang appendiks kronik
- Penyakit keradangan pelvik
- Sembelit
- Penyakit keradangan usus
- Keradangan saluran/ pundi kencing - akibat batu karang atau jangkitan kuman
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.