Sulit
5 tahun
Ujian kencing pregnancy
Saya lewat 2 hari haid dr biasa, ujian kencing pregnancy test telah dibuat,dan dua line, adakah keputusan itu benar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ujian tersebut digalakkan untuk dijalankan sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu daripada tarikh haid lewat. Namun, memandangkan anda telah menjalaninya dan mendapat keputusan positif, anda boleh mendapatkan tempahan dan berjumpa dengan doktor bagi mengesahkan kandungan anda.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

























