jimmy
6 tahun
Ukuran testis tidak seimbang
saya lelaki berumur 20 tahun ingin bertanya. Adakah ukuran testis kiri dan kanan adalah sama sebab saya mendapati testis kiri lebih besar daripada kanan. Adakah saya mengalami penyakit ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman tuan, adalah normal untuk ukuran skrotum (kantung yang berisi testis) tidak sama.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































