
Sulit
4 tahun
Ulcer di bibur faraj
Saya berumur 62 tahun. Saya baru2 ni mendapat ulcer di bibir faraj. Nak tanya ubat /krim yang bersesuaian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser pada bahagian kemaluan wanita boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kecederaan pada kemaluan
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan sifilis - ulser yang tidak menyakitkan
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis/lichen planus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, isteri anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.