
Sulit
4 tahun
Ulcer di kemaluan. Vagina kering
Vagina yg kering menyebabkan melecet dan menjadi ulcer pada hari ke 2 setelah melakukan seks.Adakah pil noriday yang saya makan boleh menyebabkan masalah tersebut.adakah saya perlu berjumpa doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda sedang alami. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa sebab mengapa terdapat luka di bahagian kemaluan anda:
- Kecederaan pada dinding vagina
- Jangkitan pada bahagian kelamin
- Kurang bersedia sebelum melakukan hubungan
- Menopaus; keadaan ini menyebabkan bahagian faraj menjadi kering
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Kami tidak dapat menjawab sama ada pil yang anda gunakan merupakan puncanya ataupun tidak. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga dinasihatkan untuk mengelak dari melakukan hubungan sehingga luka atau ulser tersebut sembuh.
Anda boleh lakukan langkah berikut untuk mengelakkan atau mengurangkan risiko luka atau ulser daripada berlaku lagi:
- Berkomunikasi sebelum melakukan hubungan
- Menimbulkan atmosfera atau suasana yang selesa
- Memanjangkan foreplay untuk memastikan badan anda benar-benar bersedia
- Menggunakan pelincir sekiranya anda merasakan bahagian kemaluan anda masih kering
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mengalami masalah tersebut:
- Terdapat cecair berbau keluar daripada faraj anda
- Mengganggu aktiviti harian anda
- Sakit ketika membuang air kecil
- Terdapat pendarahan daripada faraj
Sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripada doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.