
Sulit
4 tahun
Ulser di bahagian kelentit
saya berumur 17 tahun .doktor ada ulser bahagian dkt sebelah kelentiti. Adakah perkara ni membuatkn tidak hamil. saya risau

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh berpunca daripada penyakit kelamin seperti:
- Jangkitan herpes genital (virus selesema)
- Syankroid
- Jangkitan sifilis
Selain itu, jangkitan lain yang boleh menyebabkan ulser ini adalah seperti:
- Jangkitan bakteria- Group A streptococcal infections, Mycoplasm
- Jangkitan virus- Herpes simplex via autoinoculation, Epstein–Barr virus (EBV), Cytomegalovirus (CMV), Chickenpox or herpes zoster (shingles)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Mengenai potensi kehamilan juga perlu dievaluasi lebih lanjut. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.