
Sulit
3 tahun
Ulser di bahagian mis v
Saya wanita berumur 21 tahun,saya nak bertanya adakah normal jika terdapat kesan biji seperti ulser di bahagian miss v dan menyebabkan kegatalan yg serius …mintak tolong doktor bantu saya , dah berlaku selama 3 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salm sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami memahami keresahan anda berkenaan dengan gejala gatal dan bintik seperti ulser di vagina. Kami akan cuba membantu anda.
Gejala bintik, ulser atau luka pada faraj biasanya boleh disebabkan oleh gangguan serius yang lain seterusnya memerlukan bantuan doktor, seperti:
- sifilis
- kankroid
- trauma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.