Sulit
4 tahun
Ulser di kemaluan dan rasa sakit
hi doktor. 14hb sy period dan selang 2 hari sy dapati rasa sakit dan pedih semasa buang air kecil, sye di cermin trdapat 2 seperti ulser di luar dn dalam faraj sy… 3 hari sy demam dan 20hb sy pergi hospital kerajaan cek dibawah dan hnya diberi ubat tahan sakit dan sejenis gel utk ulser dikemaluan sy… skrang ulser sy semakin banyak di bawah lubang dan bibir faraj, terdapat jugak di dlam beberapa yg membuat kn sy tambah sakit semasa kencing…boleh kah sye beli ubat anti kulat di farmasi ???
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi iaitu ulser di faraj walaupun setelah menggunakan ubat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, masalah ulser di faraj boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj dan menyebabkan ulser
- Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan sekali lagi, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui kerana ubat ubat itu sepatutnya menyembuhkan anda tetapi masalah anda menjadi semakin teruk. Kami memerlukan maklumat tambahan tentang ubat itu. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Anda juga mengalami masalah pedih ketika kencing. Hal ini mungkin kerana ulser di faraj itu. Namun, secara amnya, masalah pedih ketika kencing boleh terjadi akibat:
- Trauma pada bahagian saluran kencing anda
- Jangkitan pada saluran kencing. Mungkin tahap kecederaan anda selepas kemalangan menyebabkan anda sukar ke tandas dan ini boleh meningkatkan risiko jangkitan
- Batu karang atau batu di dalam pundi kencing
- Masalah pada prostat sama ada tercedera atau bengkak
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Hidup lega dan bahagia tanpa masalah jangkitan kelamin. Dapatkan nasihat pakar hari ini.