Anonymous
6 tahun
Ulser kemaluan disebabkan trauma
sy 28 tahun dan sudah berkahwin. selepas seminggu saya perasan pedih semasa kencing. Sy pergi ke doktor dan di diagnose ulser di sebabkan trauma / luka semasa hubungan kelamin atau tergaru. Doktor bekalkan ubat sapu untuk malam dan pagi serta Ascazin. Tetapi ulser semakin membesar. Apakah yg perlu sy buat?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat antaranya adalah jantina anda belum dijelaskan disini.
Selain daripada trauma, terdapat beberapa penyakit lain yang boleh menimbulkan ulcer di bahagian kemaluan antaranya:
- Sexually transmitted disease
- Penyakit peradangan
- Akibat penggunaan produk kulit yang tidak sesuai
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih

Photo by Stefan Spassov
































