
Sulit
4 tahun
Umur saya 25thn dan saya mengalami lemah tenaga batin ,hanya 2-3minit dan terus klimaks. Mohon bantuan doktor
Saya ingin bertanya,adakah penyakit scoliosis beri kesan pd ejakulasi?
Sebab apabila saya lakukan hubungan intim bersama isteri saya cuma dpt bertahan 2-3minit shj dan terus pancut. Mohon bantuan,adakah saya dpt bad effect jika saya consume pil viagra? Mohon bantuan doktor.
Umur saya baru 25thn.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jika masalah scoliosis anda menyebabkan saraf anda terhimpit, ia boleh menyebabkan ejakulasi pramatang. Masalah Ejakulasi pramatang juga boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi (Panik/Kemurungan)
- Gaya hidup tidak aktif/merokok/obesity
- Masalah kesihatan yang menyebabkan kerosakan pada organ reproduksi, sistem saraf, atau masalah sistemik secara am( kencing manis).
- Masalah tahap serotonin yang rendah.
Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang seperti:
- Mengurangkan kekerapan masturbasi.
- Tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.
- Mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat.
Terdapat beberapa ubat seperti ubat SSRI atau anxiolytic yang boleh mengurangkan perasaan cemas dan panik ketika encik melakukan hubungan intim. Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah