Anonymous
4 tahun
Untuk meningkatkan antibodi melawan Gonerhea
Saya pernah diberi suntikan antibiotik di punggung dan diberi ubat antibiotik secara oral. Sekarang saya bebas dari penyakit ini. Saya ingin memesan ubat antibiotik Gonerhea secara oral untuk meningkatkan antibodi saya. Harap boleh bantu saya dan sertakan harga nya termasuk postage
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, antibiotik (seperti penisilin, amoxicilin, dan lain-lain) adalah merupakan ubat yang berfungsi menghalang pertumbuhan atau membunuh suatu mikroorganisma. Sekiranya anda telah dinyatakan sembuh dari Gonorrhea oleh doktor anda, pengambilan ubat antibiotik tidak akan meningkatkan antibodi anda. Sebaliknya, umum mengetahui bahawa untuk meningkatkan ketahanan sistem imun tubuh diperlukan masukan vitamin yang cukup. Antara sumber makanan untuk mendapatkan masukan vitamin adalah sayuran dan buah-buahan.
Untuk mengetahui penyelesaian masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Ian Espinosa