
Anonymous
2 tahun
Upt berubah dan pendarahan
Saya berumur 27thun. Saya haid pada 13/5 . dan pada 13/6 sya turun darah sehingga harini. Tiga hari lpas sy telah mmbuat scan kwsan rahim dan tiada sbrg pertumbuhan . dktr mmbuat upt test dan samar positif. Harini sy mmbuat upt skli lg dgn dktr tpi hasil nya ngtive. Saya sgt risau dgn darah yg msh trun skrg ni dan berwarna merah gelap. Apakah yg trjadi dgn sy doc. Adakah sy hamil luar rahim atau sy mgalami keguguran.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak puan, biasanya datang haid adalah satu tanda bahawa seseorang wanita tidak hamil. Anda juga telah membuat ujian upt sekali lagi dan menunjukkan keputusan negatif, jadi kemungkinan hamil adalah rendah.
Tentang pendarahan yang anda alami, terdapat pelbagai masalah wanita yang boleh menyebabkan haid berpanjangan. Namun begitu, sekiranya anda keguguran, pendarahan berterusan merupakan tanda yang tdak baik kerana mungkin terdapat sisa kandungan di dalam rahim.
Pihak kami tidak dapat membuat kesimpulan tanpa maklumat lanjut dan pemeriksaan. Oleh itu sila rujuk gejala anda ini ke hospital dengan segera. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian untuk nasihat lanjut. Terima kasih.