Sulit
4 tahun
Upt double line tapi period
Saya wanita berumur 30 tahun dan merancang utk hamil .setiap bulan haid saya teratur .tapi pada bulan ini saya cuba utk check upt 2 hari sebelum tarikh dijangka akan haid dan keluar 2 line.kemudian pada tarikh dijangka haid. Saya tidak datang haid sehingga pada hari ini …hri yang ke 9 ,tiba2 darah keluar berwana merah coklat .persoalan saya …adakah saya hamil atau darah yang keluar adalah spotting blood…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah pendarahan yang berlalu yang disyaki sebagai kedatangan haid walaupun mendapati UPT positif.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa penjelasan yang boleh diberi yang berkait dengan masalah pendarahan setelah mendapat positif dalam ujian kehamilan iaitu:
- Pendarahan implantasi: Berlaku ketika zygote telah diimplantasikan pada dinding rahim, sehingga menyebabkan sedikit pendarahan
- Keguguran atau implantasi yang gagal, menyebabkan janin tergugur daripada rahim.
- Kehamilan ektopik. Namun, ia belum boleh disahkan selepas beberapa minggu lagi pada trimester pertama atau kedua.
- Pendarahan dari serviks yang boleh disebabkan oleh aliran darah bertambah ketika kehamilan. (normal)
- Kehamilan molar dimana plasenta (uri) yang terhasil adalah abnormal, dan boleh menyebabkan keguguran dan kegagalan implantasi.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekali lagi bagi mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat serta menjalani siasatan kesihatan mengenai kehamilan anda dengan lebih lanjut. Sila berikan butiran yang teliti mengenai masalah ini dengan doktor pakar sakit puan anda untuk mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.

doctoroncall-og-image.png1200x630
Find Best Obstetrician & Gynaecologist In Kuala Lumpur - Book Appointments,…
Best Obstetrician & Gynaecologist near me in Kuala Lumpur. Book doctor appointment online, schedule consultation, view reviews, address, phone number of Obstetrician & Gynaecologist in Kuala Lumpur | DoctorOnCall





























