
Sulit
5 tahun
UPT faint line tetapi keputihan seakan awal period
Saya berusia 25 tahun, sudah berkahwin 2 tahun. Tahun lepas saya baru dpt tahu saya ada PCOS, bulan lepas period saya dtg normal, lepas tu sampai hari ini tak dtg period lagi dah lewat 21 hari. Semalam saya buat UPT, 3 test faint line tetapi double line semuanya. Hari ini ada seakan keputihan seperti dia awal period, kecoklatan. Apakah kemungkinan bg saya mengandung ada? Atau ini masalah bg wanita PCOS? Terima kasih doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Wanita yang menghidapi PCOS sering mengalami masalah dengan kitaran haid mereka. Oleh itu, masalah haid lambat anda mungkin disebabkan hamil atau juga PCOS. Untuk mendapatkan kepastian, anda digalakkan untuk bejumpa dengan doktor kerana ujian lanjut selain dari UPT harus dilakukan sebelum kesimpulan mengenai anda hamil atau tidak dapat dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.