Sulit
5 tahun
Upt negatif dan tidak period
Salam doktor , sy wanita berumur 26 tahun dan sudah berkahwin selama 2 tahun . Sebelum ini sy memang mengalami period tidak teratur . Pd tahun pertama perkahwinan sy pernah alami keguguran . Kemudian memang tak pregnant dan period tetap tak teratur . Sy ada pergi berurut & tukang urut kata rahim sy kebawah kemudian dinaikkan semula . Selepas dari berurut sy memang tak period lansung dah masuk 3 bulan (tp dalam masa 3 bulan ni ada darah seakan2 darah period hanya keluar waktu buang air kecil shja kemudian sy ada lap miss V dan ada kesan darah yg banyak pd tuala then tak period lansung smpai hari ni). Sy dah buat UPT tp negatif . Adakah sy mengalami sakit lain atau mengandung ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid.
Untuk makluman anda, selain hamil, haid tidak datang boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid (seperti hipotiroid) atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah Sindrom Polisistik Ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda tidak datang haid buat jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak maklumat untuk mengetahui masalah sebenar anda. Sekiranya masalah haid anda berterusan, sila berjumpa dengan doktor di klinik bagi mengetahui keadaan sebenar supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan kepada anda.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.























