
Sulit
4 tahun
Upt negative adakah hamil
hi dr saya wanita berumur 27 tahun , tinggi 168cm dan berat 89kg dan telah berkahwin selama 2 bulan . saya mempunyai kitaran period selama 33-39 hari dan period setiap bulan adalah 7 hari . tapi pada bulan ini saya telah lewat period 2 hari dan dah melalukan upt test pada 1 hari lewat dan resultnya negative . saya melakukan upt test pada 6 pagi 1 hari lewat period . sebelum period due , saya berasakan cramp perut disebelah kanan , demam malam berpanjangan selama 5 hari dan sakit sakit badan , kerap lapar dan mood agak senstitive , Adakah kemungkinan saya hamil walaupun result upt negative ??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat kemungkinan keputusan pertama anda negatif kerana kadar hormon hCG terlalu sedikit dalam air kencing untuk dikesan ujian kehamilan.
Selalunya saya akan nasihatkan untuk membuat ujian kehamilan 2 minggu selepas haid anda lewat. Namun begitu, ujian kencing kehamilan mempunyai 97% keberkesanan untuk mengesan kehamilan tetapi ia boleh terjejas jika:
- ujian kehamilan rosak
- teknik yang salah
Anda boleh ke mana-mana klinik berdekatan untuk melakukan ujian kencing kehamilan ataupun melakukan ujian darah yang memberikan keputusan yang lebih tepat.
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Akan tetapi, saya tidak menolak kemungkinan bahawa terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat selain kehamilan, antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan dapat dibuat. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info tentang perkara ini secara mendalam, sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih