Sulit
4 tahun
Upt negative tapi badan lesu
Hi doctor saya wanita berumur 26 tahun dan sudah berkahwin. 2 3 hari ni badan saya sangat lesu. Breast saya membengkak,sakit ari2, perut kembung, lidah saya jadi tawar rasa mual2 tapi tak muntah, cuma mual2 di tekak… saya last period 20/3. Tapi sekarang dah masuk 5/5. Saya cuba check pregnancy test, tp keputusan negatif. Adakah bahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda maklumat yang diberikan tidak mencukepi untuk kami membuat kesimpulan.
Buat masa sekarang anda mungkin boleh mengawasi dahulu gejala yang anda alami. Akan tetapi, sekiranya masalah ini berlarutan, semakin parah atau sangat menganggu kualiti hidup anda, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.