
Sulit
4 tahun
Upt positif lepas habis period
saya wanita 20 an . baru ini saya ade datang bulan . ape yang pelik , period saya kalinie hanya 2 hari sahaja . dan selepas itu tiada darah . dan habis jee period , saya terus bersama suami . dan selepas itu , saya tergerak nak cek upt dan hasil ujian double line , cume line yang kedua samar2 . adakah saya mengandung ? mohon pencerahan . terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan keputusan ujian kehamilan menjadi positif atau memberikan keputusan false positive, seperti:
- Kehamilan (dalam atau luar rahim)
- Kandungan anggur
- Jangkitan salur kencing
- Sista ovari (ovarian cyst)
- Cara penggunaan kit ujian yang salah
- Ubat-ubatan
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Disebabkan keputusan menunjukkan dua garisan atau positif, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk membuat pengesahan sama ada anda hamil ataupun tidak.
Namun begitu, maklumat lanjut adalah diperlukan terutama sejarah haid anda dan pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.