
Sulit
5 tahun
Upt positif tapi samar dan lebih kurang 15 hari sebelum haid seterusnya
Salam… Saya wanita berusia 34 tahun… Soalan saya, saya membuat ujian upt pada awal pagi selepas hari ovulasi dan ada dua line tapi samar… Biasanya saya akan jadi begini sehingga haid sebenar… Perkara ini terjadi hampir 4-5 bulan… Strip upt yang saya gunakan adalah yang bukan cassete tu… Yang celup, boleh beli bundle banyak2 tu… Kenapa saya jadi begini doktor? Adakah saya sakit? Untuk pengetahuan doktor, saya pernah keguguran pada 2018…keguguran itu adalah incomplete abortion… Saya hanya dapat mengesan ada cebis membran halus tertinggal 3 bulan selepas keguguran… Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Sebetulnya keterangan yang anda berikan mengenai jenis alat uji kehamilan tersebut adalah agak mengelirukan. Sebaiknya anda kenalpasti apakah benar itu adalah UPT kit. Hal ini kerana kebanyakan wanita sering keliru diantara OPK dengan UPT memandangkan kedua alat tersebut kelihatan hampir sama.
Untuk makluman puan, pemeriksaan OPK adalah juga dikenali ovulation predictor kit yang mana alat ini mendeteksi nilai hormon kesuburan yaitu Luteinizing Hormone (LH) dalam air kencing anda. Apabila OPK semakin terang, ia menandakan anda semakin subur. Alat ini digunakan untuk menilai waktu subur yang sesuai untuk melakukan hubungan. Ini adalah supaya kehamilan dapat terjadi sekiranya anda melakukan hubungan seksual dalam tempoh waktu tersebut.
Sementara itu, alat pemeriksaan kehamilan dikenali sebagai urine pregnancy test (UPT) adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta dan boleh dideteksi dalam air kencing anda. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Bagaimanapun, sekiranya kandungan masih di awal usia kehamilan, biasanya hasil alat uji agak kabur. Lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan.
Untuk mengetahui lebih banyak tentang masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.