
Sulit
4 tahun
Upt postive tapi period
Hi doktor sy aisyah , sy mau tnya ,sya sebulan lebih tak period , last sy period 1/11/2020 , lpas tu saya tiada period sampai 17/12/2020 , saya ad check upt 18/12/2020 then double line tapi samar" , 19/12/2020 saya keluar darah period dan sengugut … Kenapa boleh macam tu yahh doktor dengan masalah saya nie …

4 tahun
Hai Aisyah, terima kasih kerana menghubungi kami.
Saya memahami kebimbangan Aisyah pada masa ini tentang kondisi rahim yang telah mendapat hasil tes UPT yang berbeza - lebih samar dari yang sebelumnya.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Yang pasti, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat saringan kehamilan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Walau bagaimanapun, haid merupakan salah satu tanda yang jelas tidak terjadi kehamilan, namun berdasarkan jalan cerita anda ia juga boleh menjadi salah satu tanda seperti:
- keguguran
- gangguan pendarahan tubuh
- penyakit yang memerlukan rawatan susulan (i.e. PCOS, fibroid, dll.)
- penebalan atau polip pada lapisan rahim.
Namun ini semua memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif dari doktor yang bertauliah. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Selain itu, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut, untuk mendapat penjelasan yang lebih lagi. (DoctorOnCall). Terima kasih.