
Sulit
5 tahun
UPT test positif ke negatif
Sy telah lewat period 12 hari dan ke klinik. Upt test positif. 3 minggu lps tu pergi ke klinik utk scan masih tidak nampak kantung, repeat upt test, negative. Is there any chance im still pregnant?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, urine pregnancy test (UPT)adalah alat pemeriksaan yang dapat mendeteksi hormon beta hCG yaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Memandangkan hormon diciptakan oleh plasenta, yang terjadi setelah persenyawaan, hasil tes positif menandakan bahawa anda mengandung. Silakan lihat link ini untuk panduan menggunakan alat uji kehamilan. Apabila hasil test negatif, ia menunjukkan bahawa tiada plasenta yang melepaskan hormon tersebut, justeru anda tidak hamil.
Untuk info dan keterangan lanjut, sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.