
shahnizam5317
5 tahun
Ural dan Urine Ketum
Adakah ketum boleh menyebabkan urine sangkut ? Dan boleh kah ural menghilangkan kesan urine tersebut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Setakat ini, belum ada kajian sah yang menunjukkan bahawa ketum boleh membawa kepada masalah urine sangkut. Disamping itu, ural digunakan untuk:
- Membantu dalam alkalinisasi kencing dalam rawatan jangkitan saluran kencing.
- Melegakan gejala “dysuria” – sakit ketika kencing.
- Untuk meningkatkan penyerapan antibiotik tertentu seperti sesetengah “sulphonamides”, “streptomycin”, “kanamycin”, “gentamicin”.
- Digunakan dalam gout terutamanya jika rawatan melibatkan urikosurik dan allopurinol.
- Untuk mengelakkan “crystallisation” asid urik dan pembubaran batu asid urik.
- Untuk rawatan gastrik dengan penghasilan asid berlebihan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.