
Sulit
5 tahun
Urat zakar pedih seperti terluka
Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebelum ini saya pernah mengalami kencing bernanah, penyakit itu sudah sembuh selepas saya berjumpa dengan doktor untuk dapatkan ubat antibiotik dan tahan sakit. Setelah itu, saya dapat bersama dengan isteri seperti sediakala, tetapi lepas 2 minggu saya sembuh, urat bawah zakar saya menjadi pedih dan rasa seperti urat itu ditikam oleh jarum apabila zakar menegang, maaf jika saya terlanjur tetapi hal ini agak serius bagi saya. Untuk merasai kepedihan itu dengan lebih dalam lagi, saya perlu mengangkat zakar saya ke atas menghala ke arah perut, rasanya seperti urat itu hendak putus, mohon pencerahan para doktor yang arif lagi bijaksana.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Trauma pada zakar (mungkin akibat jangkitan dua minggu lalu)
- Luka pada saluran kencing dalaman
- Penyakit kelamin seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.