
Sulit
4 tahun
Uterine prolapse simptom
Saya di diagnosis mengalami penyakit uterine prolapse pada hujung tahun lepas, rasanya dah hampir setahun… tapi dengan bz jaga ank dan uruskan keluarga saya tak sempat untuk membuat rawatan di hospital atau klinik seperti di sarankan doctor, terapi dan sebagainya. Doctor ade sarankan untuk melakukan senaman kagel di rumah . Ttapi dalam masa 1 tahun ni. Saya x pernah rasa sakit mcm ni… rasa nyilu di bahagian bawah selepas bersama, dan rasa seperti makin teruk makin terkeluar daripada kedudukan asalnya. Perut saya terasa sgt sakit, dan xboleh buat kerja yg berat sehingga kadang² terbongkok² seperti nenek tua. Apakah yg patut sy lakukan? Ini terjadi selepas bersama dengan suami dalam 1 minggu lps, dan lendir yg kuning, serta kencing yg nyilu ni mungkin memburukkan lagi kondisi urethra sy…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, masalah ini boleh dibendung melalui pelbagai perkara. Antaranya:
- Bersukan jika anda memiliki berat badan yang berlebihan
- Menjalankan ‘kegel exercise’
- kurangkan aktiviti mengangkat berat termasuk mengangkat anak anda.
Namun, jika anda telah melaksanakan perkara diatas dan masih mengalami gejala tersebut, anda disarankan berjumpa dengan pakar sakit puan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.