
Sulit
4 tahun
Uti atau tidak? Apa beza sakit pinggang kerana uti dengan sakit pinggang kerana lenguy?
Apa beza sakit pinggang belakang kerana uti dengan sakit pinggang kerana lenguh?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit pinggang yang disebabkan oleh jangkitan buah pinggang sukar dibezakan dengan sakit pinggang akibat masalah otot. Biasanya, sakit pinggang kerana jangkitan buah pinggang akan disertai dengan masalah kencing seperti darah semasa kencing, kencing berbuih atau kencing mendung. Sakit pinggang akibat lenguh pula biasanya didahulukan dengan apa-apa aktiviti yang boleh menyebabkan sakit pinggang seperti mengangkat benda berat, membongkok terlalu lama atau postur yang salah.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.