aisyah.norsyam
6 tahun
Vagina berbau dan keputihan
Hai, saya berumur 20 tahun dan baru berkahwin. Dah hampir 2 bulan saya and suami buat hubungan bersama. Masalah yg pertama, walaupun saya and suami dah biasa bersama, tapi tetap ada percikan darah. Cuma skrg, rupa cecair tu tak pekat macam darah biasa, hanya cair sahaja. Normal ke kalau macamtu?
Masalah kedua, sejak bersama dgn suami, masalah keputihan makin teruk. Baunya kuat dan hapak. Saya memang akan sentiasa pakai pantiliner sebab cecair warna kuning sentiasa ada dan agak banyak. Memang jelas pada pantiliner tu.
So macam mana nak atasi masalah ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap hal ini.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis (gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks)
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim
Antara jangkitan yang menyebabkan simptom keputihan anda adalah:
- vaginosis bakteria (keputihan yang cair, bau yang hanyir selepas bersama)
- trichomoniasis (keputihan berwarna kuning-hijau, berbuih dan berbau busuk)
- jangkitan seksual seperti Chlamydia atau Gonorrhoea
- kebersihan yang kurang memuaskan
Anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih
































