Sulit

4 tahun

Vagina Berdarah Secara Tiba-tiba

Hello, doktor. Saya berumur 35 tahun dan ingin bertanya mengenai masalah yang berkaitan dengan bahagian sulit. Saya baharu saja mengalami masalah pendarahan vagina yang berlaku secara tiba-tiba ketika sedang memasak dan bukan melakukan kerja berat. Sebelum itu saya mencuci bilik air. Saya baru saja datang bulan pada 24.12 hingga 31.1. Warna darah berwarna merah terang biasa dan cair. Selain daripada itu, saya tidak mengalami masalah yang lain seperti sakit ketika atau kesukaran untuk kencing dan kesakitan di bahagian pelvis. Oleh itu saya ingin bertanya kepada doktor, apakah penyebab bagi gejala dan tanda yang saya alami ini? Apakah rawatan yang sesuai bagi penyakit ini? Mungkinkah ia merupakan simptom kanser rahim atau tiroid? Apakah disebabkan pada hari pertama datang bulan saya melakukan hubungan seksual kerana saya tidak mengetahui haid saya hadir. Haid saya hadir sewaktu saya melakukan hubungan seksual tersebut. Ia hadir 2 hari lebih awal.

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham situasi anda. Anda mungkin mengalami spotting di mana anda mengalami pendarahan di antara dua waktu haid. Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang wanita boleh mengalami spotting, seperti:

  • Kehamilan; implantasi produk persenyawaan kadang-kadang menyebabkan sedikit pendarahan daripada faraj
  • Polip rahim
  • Fibroid rahim
  • Endometriosis atau adenomyosis
  • Kanser rahim atau serviks
  • Masalah dengan sistem pembekuan darah
  • Penggunaan ubatan seperti ubat cair darah (aspirin)

Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya puncanya dapat diketahui dan rawatan boleh diberi sekiranya perlu.

Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.

Anda masih risau tentang spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Jika pendarahan berlarutan dan anda mengalami gejala-gejala yang disebutkan di bawah, sila berjumpa dengan doktor segera:

  • Pitam
  • Pucat
  • Lemah badan
  • Sakit atau pening kepala
  • Sakit dada
  • Kesukaran bernafas
  • Mengganggu aktiviti harian dan tidur

Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

blood%20spot_AdobeStock_99708090

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)