nur.hazirahashim
6 tahun
Vagina berdarah selepas bersama
Saya wanita berusia 25 tahun dan sudah berkahwin…saya nak tanya mengenai masalah saya ketika sy bersama suami adanya keluar darah sedikit selepas berhubungan…tetapi tidak menunjukkan rasa yang sakit…cuma tompok darah sahaja yg sikit dan selepas itu tiada…dan saya juga sudah lewat haid selama 5 hari…adakah itu bahaya atau tidak…untuk pengetahuan doktor darah tidak keluar setiap kali bersama suami…cuma baru2 ini sahaja doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- jangkitan
- faraj kering
- faraj luka
- ketumbuhan mulut rahim
- luka mulut rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































