
Sulit
3 tahun
Vagina gatal dan keputihan kuning
saya perempuan berumur 14 tahun. vagina saya yang gatal dan keputihan saya yang berwarna kuning membuatkan saya tidak selesa. kadang kadang vagina saya yang rasa gatal membuatkan saya tersedar dari tidur dan menjejaskan tidur saya. mohon tips untuk menghilangkan dan mengelakkan masalah ini daripada berlaku lagi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, kegatalan dan keputihan faraj boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Kebersihan bahagian faraj yang tidak baik
- Jangkitan kuman pada faraj
- Penyakit kelamin seperti chlamydia, bacterial vaginosis dan vaginitis
- Masalah ‘ingrown hair’ akibat pencukuran
- Pakaian dalam yang tidak sesuai
Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi. Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar sakit puan kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan.