Sulit
5 tahun
Vagina keluar cairan coklat dan gatal
saya wanita berumur 20thn,sudah berkahwin … pada 2hb okt lalu saya period sampai 7hb , tetapi pada 22hb saya keluar cairan coklat muda yg sedikit tetapi belum berhenti sampai kini ,28hb dan vagina saya terasa gatal sedikit jika saya menyentuhnya …apakah itu berbahaya dan apakah yang perlu saya lakukan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Kesimpulannya, permasalahan yang anda alami itu kemungkinan besar normal.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda atau disertai gejala lain, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































