
Sulit
3 tahun
Vagina saya Akan merasa gatal selepas Di cuci menyebabkan ketidakselesaan selepas ITU..saya terpaksa menggaru sehingga Luka kdg2 tu..banyak pemcuci vagina saya telah gunakan… kdg2 bila tidak tahan..saya terpaksa basuh Dan dental
Vagina saya Akan merasa gatal selepas Di cuci menyebabkan ketidakselesaan selepas ITU…saya terpaksa menggaru sehingga Luka kdg2 tu…banyak pemcuci vagina saya telah gunakan… kdg2 bila tidak tahan…saya terpaksa basuh Dan dental…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana bertanyakan masalah anda kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, kami faham bahawa anda mempunyai masalah faraj (vagina) terasa gatal sehingga menyebabkan ketidakselesaan. Adakah ini seperti yang anda maksudkan? Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, antara punca gatal pada kemaluan adalah:
- Alahan terhadap produk pencuci
- Pemakaian pakaian dalam yang ketat atau berbahan kain sintetik
- Radang selepas bercukur
Namun, ia juga boleh disebabkan masalah kesihatan yang lebih serius sehingga memerlukan pemerhatian daripada doktor , seperti:
- Radang vagina, vulva atau kulit pada kawasan kemaluan
- Jangkitan penyakit kelamin
- Masalah kulit
- Jangkitan kulat
Anda dinasihatkan untuk tidak kerap menggaru terutama jika kuku anda panjang bagi mengelakkan luka yang boleh membawa risiko jangkitan kuman.
Justeru, anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.