
Sulit
4 tahun
Vaginal dilators untuk merawat vaginismus
Hi! Saya ada baca mengenai vaginal dilators yang boleh menyelesaikan masalah vaginismus. Boleh ke saya dapatkan vaginal dilators dari sini? Dan dilators dari material (e.g. silikon) apa yang selamat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Untuk pengetahuan anda, kami tidak mempunyai mahupun menjual alat tersebut.
Sementara itu, kami boleh sarankan anda untuk melalukan yang berikut untuk melegakan masalah vaginismus anda iaitu:
- Melakukan senaman kegel
- Dapatkan terapi seksual dan kounseling
- Menggunakan alat pembesaran vagina
- Mendapatkan terapi fizikal (fisioterapi) khas untuk otot pelvis.
- Amalakan senaman untuk meningkatkan keyakinan diri
- Timbulkan suasana yang selesa dan romantik ketika melakukan hubungan seks. Sila mulakan hubungan bersama suami dengan pillow talk (sembangan romantis dan sensual).
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Jika perkara ini berlarutan dan tidak dapat dikawal, kami sarankan anda berjumpa dengan pakar kesihatan seksual ataupun pakar psikiatri, serta mendapatkan kounseling dan nasihat bagi mengatasi masalah yang anda alami.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah