
Sulit
4 tahun
Vitamin c perlu diconsume setiap hari?
saya pelajar, berumur 22 tahun. saya mggunakan vit c flevettes 1000mg. arahan di botol saya disarankan mengambil setiap hari 1 biji dan dilarutkan di dalam air. Namun baru baru ini saya lihat di twitter ttg peggunaan vit c adalah disarankan jika atas nasihat DR dan consume mnegikut dos yg betul. boleh Dr komen dan berikan nasihat boleh membantu saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Badan kita tidak boleh menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, ia harus didapati dari luar seperti dari makanan. Berbalik kepada soalan anda, pengambilan vitamin C tanpa preskripsi doktor dibolehkan mengikut dos yang telah ditetapkan oleh syarikat yang mengeluarkan vitamin tersebut.
Namun begitu, sekiranya anda mengalami masalah ketika mengambil ubat itu atau anda sedang mengambil ubat yang lain, digalakkan untuk anda berjumpa dengan doktor. Kami tidak dapat memberikan kesimpulan untuk anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih