
Sulit
3 tahun
Vitamin untuk anak g6pd
boleh kah saya tahu vitamin apa yang boleh bagi untuk ank g6pd?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah tentang kerisauan yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kekurangan G6PD adalah disebabkan oleh kekurangan enzim G6PD ( Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Tujuan enzim ini adalah untuk melindungi darah daripada pecah apabila terdedah kepada ubat-ubatan dan makanan tertentu.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Untuk menjawab pertanyaan anda, secara umumnya jenis vitamin tidak menjadi masalah kepada anak anda tetapi dos yang hendak diberikan perlulah sesuai. Oleh itu kami sarankan anda berjumpa dan berbincang dengan doktor selepas melakukan pemeriksaan menyerluruh.
Kami tidak dapat memastikan produk yang boleh diambil untuk membantu dalam masalah anak anda dan kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai anak anda. G6PD tidak memerlukan apa-apa rawatan tetapi anda perlu mengelak dari mengambil kacang parang, sesetengah ubatan kerana perkara ini dapat memecahkan darah dan menyebabkan masalah lain seperti hemolisis dan anemia di dalam golongan yang kekurangan enzim G6PD.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Anda juga boleh berhubung dengan kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut berkenaan G6PD dan suplemen yang anda ingin ambil. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.